The Broken Smile
Facebook Twitter We Heart It no
# 127 : INALILLAHIWAINNALILLAHIROJI'UN
12.21.2012 • 12/21/2012 • 0 comments



Assalammualaikum. harini 21/12/2012 berita yang sangat mengejutkan bagi semua kawan-kawan Nazira Bt Mohd Id'rus . benda yang sememangnya sebak buat seluruh keluarga nazira. Nak tahu siapa nazira? Nazira kawan baik aku yang aku memang rapat dan aku dengan dia memang dah macam kembar telah kehilangan bapa kesayangannya Arwah Pakcik Mohd Id'rus :'(  Semoga ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Pukul 9.57 pagi tergerak hati aku untuk check phone dan niat aku nak kedapur sebenarnya nak pergi minum air, and breakfast sekali tahu-tahu mata aku tertumpu dekat phone bebird aku tuh, tahu-tahu ada satu mesej!

NAZIRA : [ Dian........ Bapak aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ] masa ni terkejut aku! Jantung aku tetiba dup dap laju-laju sangat! Then aku nak hantar text tapi kredit takdak! Terpaksa hantar mesej khas.

AKU : [ Hi, please call me back ]  ini je yang mampu, akhirnya dia call tapi lambat.

On the phone dengan nazira dengar suara dia yang tetiba sekat-sekat , tetiba je aku marah.

AKU : Kau kenapa? Bapak kau okey ke? Bapak kau jatuh katil lagi ke?
NAZIRA :    *sambil tarik hingus* bapak aku dah tak ada weyhhhhhh~

Dengan tetiba aku terus terduduk! Dan setitik demi setitik air mata jatuh ke bumi, tidak dapat ditahan sebak lagi, last aku jumpa arwah pakcik masa aku dtg rumah dia hujan-hujan then aku nak balik arwah pakcik buat lawak dengan kitaorang. kata arwah pakcik

Arwah pakcik : Eyh! Ambik lah durian ni jamah sikit jangan lah terus balik je
Aku : Haa? Takpe cik jakgi hujan lagi nanti susah nk balik.
Arwah Pakcik : yelah, ni ambik rambutan setangkai, boleh makan sambil rider , Hahahahhahaa , awak berdua ni rider jauhkan? Makan sambil rider, buang merata-rata Hahahah
Aku dengan Miera : HAHA ! Pakcik ni malu lah kita orang HAHA

sumpah last ni je aku jumpa arwah pakcik , pakcik banyak bagi aku makan, benda-benda yg dia beli dia akan kongsi dengan aku , bila dengar pakcik dah tak ada , dengan tak tahu kenapa air mata jatuh, terduduk sampai aku menggigil , dah dua kali nazira alami benda ni, dan aku pun tapi bukan anggota keluarga, tapi orang yg aku dah anggap keluarga,sedara rapat, Menharapkan ayah dia sihat macam dulu tapi apa kan daya sudah separuh badan tak berfungsi. Aku tak boleh tengok kembar aku ataupun kawan aku kehilangan orang yg tersayang aku tak larat untuk mendengar tangisan dia, Nazira dan kak Nadya . mesti kak Nadya sebak bila dapat tahu pagi tadi yang ayahanda tercinta sudah meninggalkan dunia ini buat selamanya :'(  Kak nadya yang kerja jauh dekat segamat yang berkerja di Selangor pasti sebak sangatkan? Al fatihah , yang masih hidup teruskan hidup dan yang telah pergi biarlah pergi kerana sudah takdir dia untuk pergi harini,  Kun Fayakun! Setiap manusia yang hidup di dunia pasti akan mati juga , yang hidup pasti akan mati, yang mati tidak akan hidup semula . [ Al fatihah dan salam takziah ]

Disclaimer


Hyep. Welcome to my wonderful site. Be nice here. Thank you. NO Man In My heart never change!

Diyon
Stuff
Talk here


Old Stories



We dont remember the day, but we remember the momments


Credits


Template By:
Yaya Hatsumi
Big helped: Wanaseoby Afiqah
Owner: YOUR NAME